Tips Selepas Langgar Kereta Orang

Posted on 2:47 PM by Admin

Ana nak kongsikan ngan antum sume TIPS SELEPAS LANGGAR KERETA ORANG. Sebenarnya kalau korang tak tahu cane nak handle diz moment bahaya jugak tau sebab nanti orang akan ambik kesempatan atas diri korang. So, Ana harap tips nie akan dapat membantu korang semasa menghadapi keadaan tersobut. Jom Layan.

Ok, kat bawah ade beberapa step yg korang patut lakukan selepas korang langgar kereta orang.


:: Step Pertama ::

JANGAN PANIK (tapi Ana tahu korang tetap akan panik…huhuhu)

:: Step Kedua ::

Alihkan kereta korang kat tepi jalan dulu. Kalau tak, habis jem roti jalan. Lebih2 lagi kalau mase tu time orang masuk/kuar ofis. Kalau kete xleh gerak biarkan ajo kat tengah2 jalan tu..huhuu

:: Step Ketiga ::

Keluar dari kereta & tengok kerosakan kereta korang dan lepas tu tengok plak kerosakan kereta yang korang langgar. Biasanya bila dah langgar nie memang kedua-dua kereta akan ada kerosakan, tak kiralah rosak tu sikit atau banyak & korang akan dimaki jika sekiranya yang bersalah tu adalah korang & menurut undang2 pun memang orang belakang(yang melanggar) yang bersalah. So, bersedialah untuk dimaki & kalau boleh jangan maki balik. Cuba balas balik percakapan dengan baik & sebaiknya korang terangkan cane perkara nie boleh terjadi. Kalau betul korang yang bersalah, jangan cepat mengaku salah. Korang cubala ambik hati orang yang korang langgar tu & selepas itu barulah korang mengaku salah korang.

:: Step Keempat ::

Bincang dengan pemandu kereta yang korang langgar tu apa tindakan yang korang berdua nak ambil selepas ini dengan nada percakapan yang baik & sopan santun supaya dia tak bengang ngan korang, kalau perlukan aauuww…korang aauuww jerla.hehe….Dalam perbincangan nie, korang boleh suggestkan beberapa solutin kepada pemandu yang korang langgar tue mengikut tahap kerosakan kereta korang berdua…


Tahap Kerosakan

* Rosak Banyak = Didefinisikan sebagai rosak yang melebihi kemampuan korang untuk bayar kos pembaikan. Seperti contoh: korang hanya mampu keluarkan duit sebanyak RM200 jer untuk membaiki kereta orang yang korang langgaer sedangkan kerosakan kereta tu melebihi RM200.

* Rosak Sikit = Didefinisikan sebagai rosak yang korang mampu bayar untuk kos pembaikan kereta yang korang langgar tue..



i – Kereta Korang Rosak Banyak & Kereta Yang Korang Langgar Pun Rosak Banyak!

* Kalau situasi sebegini, sebaiknya korang berdua pergi buat report kat balai polis yang berhampiran supaya kos pembaikan kereta korang & kereta yang korang langgar dapat di claims dengan pihak insurans.
* Kalau korang kaya/anak orang kaya, korang boleh settle dengan bawak kereta korang & kereta yang korang langgar tu ke bengkel & korang bayar semua kos pembaikan.

ii – Kereta Korang Rosak Banyak & Kereta Yang Korang Langgar Rosak Sikit!

* Situasi sebegini pun sebaiknya korang buat report kat balai polis supaya korang dapat claims insurans untuk baiki kereta korang yang rosak banyak tu. Untuk kos pembaikan kereta yang korang langgar tu, pemilik kereta tu akan claims kos pembaikan ke atas insurans korang. So, korang xpayahla nak kuar duit untuk bayar semua tu.
* *Begitu juga sebaliknya jika Kereta Korang Rosak Sikit & Kereta Yang Korang Langgar tu Rosak Banyak!

iii – Kereta Korang Rosak Sikit & Kereta Yang Korang Langgar Pun Rosak Sikit!

* Dalam situasi cani, korang boleh settlekan tanpa perlu report polis. Seperti yang ana dah terangkan definisi “Rosak Banyak” kat atas tue, korang boleh counttim elok2 ngan pemilik kereta yang korang langgar tu untuk bayar kos pembaikan kereta dia. So, tak payah korang nak bersusah payah pergi balai nak buat report.

Oh yer, kalau korang pergi buat report & korang didapati bersalah, korang akan disaman sebanyak RM300 tapi jangan takut untuk disaman sebab elok korang disaman RM300 daripada korang bayar kos pembaikan kereta yang beribu-ribu ringgit. Yang ribu-riban tu pihak insurans boleh bayar untuk korang. Lagi satu, kalau korang nak buat report..buat dalam masa 24jam. Kalau korang buat selepas 24jam eksiden tu berlaku, korang akan didenda RM400.


16 Response to "Tips Selepas Langgar Kereta Orang"

.
gravatar
Anonymous Says....

kalau kita sudah buat report polis dan pihak kenderaan yg kita langgar tu sudah boleh claim insurance perlu ke kita keluarkan duit lagi utk baiki kereta pihak sana ??

.
gravatar
Unknown Says....


kalau orang yg kita langgar mintak duit lebih dari kos repair mcm mana plk?

.
gravatar
Unknown Says....

Saya nak tanya jika kereta xcdent langgar belakang tapi kereta org lain bawa masa xcdent dan nama atas geran atau owner sudah meninggal dunia macam nk claim insurans..boleh jelas kan tak terima kasih..

.
gravatar
Unknown Says....

jika kes kereta sendiri rosak banyak sehingga bumper susah nak buka. .tetapi kereta yang di langgar rosak sikit je.. hanya mengalami calar sedikit bahagian besi jenis kereta hilux.. tetapi kereta hilux tu tetap minta ganti rugi.. pedahal tak rosak calar sedikit je tu pun bahagian besi.. tapi kereta saya rosak banyak.. sehinggakan tak boleh buka bumper tu. .perlu tak bayar? ke macam mana

.
gravatar
Babyblog Says....

Saya baru sahaja langgar kereta org tapi sikit sahaja just calar tapi saya panik apa patut saya buat, sebab baru first time awak kena macam ni.

.
gravatar
Unknown Says....

Saya baru sahaja langgar kereta org tapi sikit sahaja just calar tapi saya panik apa patut saya buat, sebab baru first time awak kena macam ni.

.
gravatar
Anonymous Says....

Nak tanya kalau si J undur kereta keluar rumah, then tak perasan ada kereta park di luar rumah tepi jalan, terlanggar sikit depan kereta tu, adakah ianya salah si J?

.
gravatar
Unknown Says....

Hari ni sy nak parking kt jabat pos td. .tapi trlanggar bumper blkg kete org..calar sikit..sy tkda niat nak lari pun td,just panik..tp lepas tu sy cari kereta yg sy langgar td tu semula..tngok2 dia dah takde..msti dia pikir sy larii..emmm adkah dia akn ambik tindakan kt sy..saksi ramai kt situ..msti diaorg dah baca no.plat sy td..sy takut..mcm nelah kehidupan sy lepas ni nantiπŸ˜”

.
gravatar
Anymous Says....

Tadi sya nak paking. Tergesel kereta org pulak. Acaner. Tengok balik kereta tu mcm baru lagi, n nmpak mcm jenis yg jaga kereta sgt.

.
gravatar
Anonymous Says....

tadi saya tergesel dengan kereta orang ketika nak keluar parking, lepastu panik takut saya terus lari taktahu nak buat apa, agak agak kalau dia tahu apa tindakan dia ye πŸ™πŸ™

.
gravatar
Anonymous Says....

alamak sama mcm saya, mmg takde niat nak lari tapi terlalu takuttt. nak tinggalkan no tel tapi takde kertas pulak dlm kereta. so saya pergi mcm tu je dgn niat lps siap baiki kenderaan saya ke tempat tu balik dan tanya org sekiranya org yg saya terlanggar td ada tanya apa2 dkt tuan kedai berdekatan. sy hara tu je cara saya dpt hubungi dia

.
gravatar
Anonymous Says....

Hari n saya langgar belakang kereta orang,bumper pecah,bonet belakang x boleh buka,apa perlu saya buat

.
gravatar
Anonymous Says....

tadi saya nk tukar lorong sy dh bgi signal awal awal tpi kereta depan tiba tiba masuk kiri dan bgi signal lewat, sy sempat brek tpi masih tersentuh bumper belakng kereta dan meninggalkan calar, apakah itu salah saya ?

Leave A Reply