Maklumat Trafik Jambatan P.Pinang Melalui SMS

Posted on 12:03 AM by Admin

PULAU PINANG — Pengguna jambatan Pulau Pinang kini boleh mendapat maklumat jika berlaku kesesakan trafik di jambatan itu dengan menghantar SMS kepada pengendali perkhidmatan telefon bimbit masing-masing.

Dalam satu kenyataan hari ini, Penang Bridge Sdn Bhd (PPSB), syarikat pengendali jambatan Pulau Pinang, berkata SMS itu adalah sebagai perkhidmatan tambahan kepada penggunanya.

Maklumat yang disediakan sebelum ini adalah menerusi papan tanda elektronik yang dikenali sebagai Variable Message Sign (VMS) dan pengumuman menerusi siaran radio tempatan.

Bagi mendapatkan maklumat menerusi SMS, pengguna perlu menaip “OTIM (ruang) topen” atau “OTIM (ruang) toprai” dan menghantar mesej itu ke 012-4345366 (Maxis), 019-5733666 (Celcom) atau 016-4168666 (DiGi).


No Response to "Maklumat Trafik Jambatan P.Pinang Melalui SMS"

Leave A Reply